NAJWA ANAF: Diary Si Babysitter

Sunday, January 12, 2014

Diary Si Babysitter

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!

Dear readers, rasanya dah berapa bulan kan saya tak menulis blog kan? No wonder lah blog ni dah bersarang. FUUUUHH~ There you go, dah lari dah semua labah2 yang duk  bertapa dalam blog ni. hehehe.. Okaylah, tamao bebel panjang2 nanti korang semua malas pula nak baca entri ni. Sorry ya!

Dah baca tajuk? Yes, mulai hari ini, detik ini, saat ini, saya bergelar babysitter kepada anak jiran. Baby perempuan, berusia 2 bulan. MASYAALAH! Sangat2 comel. Bernama D***** H****. Saya panggil dia H****. Sorry nama kena sensor. Yelah, takut belaku perkara2 yang tidak diingini. MUAHAHAHA!

Ramai je yang tanya "kenapa pilih nak jadi babysitter?" "kan banyak lagi kerja lain?" "tak teringin ke nak kerja sebelum dapat result SPM?". Ada juga yang cakap "susah tau nak jaga budak." "budak2 ni kena banyak perhatian." "kalau jaga budak, susah nak berjalan tau." and so many more..

Reason yang saya bagi pada diorang senang je, "saya suka budak2 and besides that, ini boleh practise untuk masa depan kalau saya ada anak sendiri nanti. Tak ada lah gelabah". Dan yup, saya kena marah. Haha, benda dah dijangka. Diorang suruh belajar dululah, kerja dulu. Saya tak cakap pun saya nak kahwin awal (kalau boleh nak lah juga), saya just cakap practise sahaja.

H****, pandai buat kening macam Ziana Zain tau! Sama dengan Kak Najwa dia! Yeay, kita ada geng. HUHUHU~ Lagipun H**** ni tak banyak ragam. Tak menangis2 bila saya vacuum rumah.So far so great. ALHAMDULILLAH! Okaylah, rasanya itu je yang boleh saya update. Next time (bulan depan), saya update lagi tentang H**** or tentang saya dapat survive jadi babysitter.

P/S: Novel pertama saya in the making, tak tahu lagi nak masukkan dalam blog atau tak. Pendapat korang? Tolong bagi respond okay?

Assalamualaikum,
NAJWA ANAF.

No comments: