NAJWA ANAF: CINTA SELEPAS NIKAH (full of barakah)

Saturday, July 27, 2013

CINTA SELEPAS NIKAH (full of barakah)

Assalamualaikum, lamanya tak ber blogging ni.. Semenjak dua menjak ni, saya sibuk bukan main lagi.. Al-maklumlah, sibuk study untuk trial ESPIYIEM.. ha? OMG!! Okaylah, forget about that.. so, korang mesti dah tahu kan apa yang saya nak tulis dalam blog ni lepas tengok tajuk kan kan kan?  Ah, tak kira nak tulis juga..

Taraaaa... Phew! besar tahu tak risikonya bila kita cerita pasal kahwin lagi2 bila umur kita baru 17 tahun.. kan kan kan? nanti mesti orang akan kata, "Dah gatal sangat ke nak kahwin?".. Sorry ek, bukan gatal tapi ini perancangan.. tak salah kan? kita rancang dulu, bukan nya bila kita cakap pasal kahwin, kita ni nak kahwin..

To be honest, ni memang impian saya.. Bercinta selepas nikah.. Banyak barakah yang kita dapat tahu.. selain tu, kalau kita nak duduk berdua-duaan pun tak ada siapa yang nak marah, kalau kita nak berpegang-pegang tang pun tak ada siapa boleh halang.. simple je.. bila orang tanya. kita jawab, "kami dah nikah".. sweet kan? yelah kita tak pernah bercinta dengan dia sebelum kahwin, kita tak pernah bersentuhan dengan dia sebelum kahwin, bila kita buat semua tu first time selepas nikah, memang akan nampak sweet gila.. yela, kita mesti segan kan nak pegang tangan dia buat kali yang pertama..

Soal jodoh ni,saya serahkan semuanya dekat parents saya.. Saya tak kisah pun siapa yang diorang nak jodohkan dengan saya. Sebab saya tahu diorang akan pilih yang terbaik untuk saya.. Well, parents mana yang tak sayangkan anak diorang kan? And, Allah know who's the best for me.. Lagipun, saya ni tak reti nak memilih lagi2 nak pilih calon suami.. Hisy, buatnya tersalah pilih? Tak ke naya? Tapi, saya adalah tetapkan syarat dekat emak saya. Saya tak nak lebih2, but saya just nak kan seorang suami yang boleh menjadi imam saya, yang boleh membimbing saya untuk lebih mendekatkan diri kepada pencipta saya.. Plus, suami yang romantik..Tapi tak nak romantik sangat sebab saya ni cepat geli..haha Lagipun saya tak nak anak2 saya lahir dalam keluarga yang tidak sempurna dalam soal agama.. Anak akan buat apa yang parents dia buat kan?? so saya tak nak keturunan saya menjadi teruk..

“Ada yang kata ‘bercinta’ boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?”“Ada yang kata ‘bercinta’ dengan niat nak kahwin, boleh. Betul ke?”“Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?”
Maksud ‘Bercinta’ Sebelum Nikah.
            Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita bincangkan sedikit maksud ‘bercinta’ dalam perbincangan ini. Boleh jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua. Perbezaan maksud ini lumrah berdasarkan maksud yang difahami oleh masyarakat setempat, pengalaman, realiti, pendapat, fikiran dan latar belakang yang berbeza-beza.
Biasanya, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa Melayu tinggi. Segala makna akan dirujuk di dalam kamus. Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadang kala timbul dilema. Para ulama mempunyai manhaj yang istimewa dalam menangani dilema ini.            Kamus Dewan, edisi keempat (2007) memberi definisi ‘bercinta’ itu ialah:1.      menaruh rasa cinta atau berahi
2.      berasa rindu.
            Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.
Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang ini sedang ‘bercinta’ apabila:·         Terlalu kerap sms pasangannya walaupun tiada keperluan.
·         Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.
·         Selalu mengatur ‘dating’ walaupun tiada mahram.
·         Berpegangan tangan.
·         Membonceng motor bersama.
·         Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi.
·         Keluar tengok wayang bersama-sama.
·         Keluar menyanyi dan menari.
Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai ‘bercinta-cintaan’. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai ‘bercinta’. Setuju tak?Manakala perbuatan menjalin hubungan cinta kasih dengan teman lelaki dan wanita diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai ‘berpacaran’. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dalam lagu adalah. Istilah ‘berpacaran’ lebih popular di kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai ‘bercinta.’
Jadi apa sebenarnya makna ‘bercinta’?
Mengikut ‘manhaj’ para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, “Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma’.”Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti ‘hotdog’. Tapi hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka ‘hotdog’ dikira baik sebab hakikatnya baik.Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti ‘bunga’ atau ‘faedah’. Tapi hakikatnya buruk iaitu riba. Maka ‘bunga’ atau ‘faedah’ dikira buruk sebab hakikatnya buruk.Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti ‘bercinta’. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz ‘bercinta’ itu dengan memahami hakikatnya sebagai ‘berpacaran’.Maka, ‘bercinta’ yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.‘Bercinta’ yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah intipati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah?Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhahSyubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.
Fikrah PertengahanIslam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.
Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh kebanyakan media (tidak semua). Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat seperti mana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begitu parah di sana.Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilirpun, tiada siapa nak marah.
            Pernahkah kita  merujuk apa kata ulama muktabar tentang ‘bercinta’ sebelum nikah?
            Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,
“Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa’ rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat.”
Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar UrusanMari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.1.      Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.
2.      Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.
3.      Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).
4.      Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.
5.      Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.
6.      Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
7.      Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.
8.      Mengelakkan diri daripada khalwat.
Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia  Tentang ‘Bercinta’
Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,1.      Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memujiapa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)2.      Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.
3.      Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4.      Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.
5.      Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.6.      Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7.      Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-kepingdan jiwa tertekan.
8.      Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
9.      Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya darisalah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.
10.  Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen)datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.
11.  Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.
12.  Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Ataunikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
13.  Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349)

Assalamualaikum,
Najwa ANAF

No comments: